HOME OF ABL FC
AKADEMI BOLA SEPAK LANGAT

ABL FC

PEMBANGUNAN bola sepak bermula daripada akar umbi — tunjang utama kejayaan kelab yang berjaya.

VISI

ABL FC ialah akademi bola sepak akar umbi yang berpusat di Hulu Langat.

Visi kami adalah untuk melahirkan pemain muda yang berdisiplin dan berkualiti melalui latihan profesional serta bimbingan jurulatih bertauliah.

MISI

ABL FC (Akademi Bola Sepak Langat) berdedikasi untuk membentuk generasi muda berusia 7 hingga 15 tahun yang cemerlang dalam sukan bola sepak dengan menyediakan platform pembangunan akar umbi yang profesional, latihan berstruktur bersama jurulatih bertauliah, serta program yang menanamkan nilai disiplin, kepimpinan, dan semangat berpasukan. Kami percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi untuk bersinar di padang dan dalam kehidupan, dan kami berusaha untuk membimbing mereka bukan sahaja menjadi pemain bola sepak yang hebat, tetapi juga insan yang berakhlak mulia dan berdaya saing dalam dunia sebenar.

JURULATIH BERPENGALAMAN

Di ABL FC, setiap jurulatih merupakan individu berpengalaman luas dalam industri bola sepak tanah air. Dengan kepakaran yang dimiliki, jurulatih-jurulatih kami komited membimbing serta menurunkan ilmu dan kemahiran kepada setiap pemain ABL FC, demi memastikan pembangunan bakat yang berkesan, terarah dan berdaya saing.

Ilmu Disalur, Prestasi Dipacu

PEMBANGUNAN BAKAT

ABL FC menyediakan program latihan yang direka secara khusus bagi memastikan setiap pemain berpeluang meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal mereka. Melalui pendekatan latihan yang sistematik dan berfokus, pemain diberi ruang untuk berkembang secara menyeluruh, sekali gus melahirkan atlet yang berdisiplin, berdaya tahan, dan berprestasi tinggi.

Melatih dengan Visi, Membina Generasi

KOMPETEN & BERKULITI

ABL FC sentiasa komited dalam membangunkan potensi pemain melalui penyertaan dalam pelbagai kejohanan dan perlawanan persahabatan. Usaha ini bukan sahaja memperluaskan pengalaman pemain, malah memperkukuh kemahiran teknikal, taktikal serta membina daya saing dan keyakinan diri di dalam dan luar padang.

Menggilap Potensi, Menjayakan Impian

PENGUMUMAN

BERITA

Langkah Pertama Anda ke Dunia Bola Sepak Bermula di Sini!